Saturday, January 12, 2008

1 Muharam 1429H

Hari pertama 1 Muharam bersamaan 10 Januari 2008. Hari ini hari Khamis dan seluruh Malaysia bercuti, pejabat tutup cuti am dan kuliah di universiti juga tak ada.

Subuh Abah ke masjid, lepas subuh ada ceramah, jadi Abah stay di masjid sehingga habis ceramah. Umi solat di rumah sahaja. Lepas solat Subuh, Umi baca Quran dan lepas tu berehat sekejap.

Lepas breakfast, Umi, Abah dan Aisyah mula menjalankan tugasan keluarga. Abah mengemas pokok-pokok di halaman, potong daun-daun dan bunga yang berjuntaian.. Aisyah dengan Bibik dikehendaki mencabut batu-batu yang ada dan susun semula cantik-cantik atas rumput carpet yang ada dan basuh kolam ikan depan rumah bagi bersih..

Umi pulak jadi pemerhati politik saja, puji sapa-sapa yang buat kerja dengan rajin.. hehe..

Lepas tu, kita keluar pergi ke nursery untuk beli bunga nak tanam depan rumah. Kemudian pergi ke supermarket, balik dari supermarket pergi ke rumah Abang Uji sekejap..

Sampai rumah semua orang buat kerja masing-masing di komputer masing-masing.. Aisyah pula sibuk kemaskan buku sekolah dan tunjuk pada Umi dan Abah apa yang telah dipelajari.. Darling Umi, Aisyah yang comel sangat suka sekolahnya. Katanya dia dah ada 2 kawan baik dan Cikgu -cikgunya juga baik-baik.

Tiap pagi, Aisyah pergi sekolah dengan Abah dan balik dari sekolah Aisyah akan naik Bas Sekolah kepunyaan Untie Kok..

Hari pertama Aisyah ada berbisik pada Umi kegusaran hatinya, 'Umi, Umi suruh Aisyah balik dari sekolah naik bas Untie Kok. Untie Kok tu orang bukan Islam, Aisyah takut nanti dia bawak lari Aisyah, macamna ye Umi...'

Umi telah memenangkan Aisyah, 'Untie Kok tu memang orang bukan Islam, Aisyah doalah pada ALlah mudah-mudahan satu hari nanti Allah bagi petunjuk Untie Kok jadi orang Islam. insya Allah.. Tapi walaupun dia bukan Islam tapi Aisyah boleh percaya Untie Kok sebab Teacher Fari dah kenal Untie tu, Umi pun dah jumpa. Umi dah ambik nombor telefon Untie Kok. Aisyah jangan naik kereta sapa-sapa kecuali bas Untie Kok yer.. Sekarang ni ramai budak-budak kena culik, Aisyah ingat yer pesan Umi ni...'

'Insya Allah Aisyah janji Aisyah tak nak tidur dalam Bas, jadi kalau ada apa-apa terjadi, Aisyah akan sedar lepas tu Aisyah akan ingat jalan balik rumah kita.. ye Umi.. Mudah-mudahan Untie Kok jadi orang Islam lepas ni kan Umi..'

'Insya Allah..' Jawab Umi.

Lepas 4 hari naik bas, Aisyah kata dia dengan 2 kawan yang baik tu dah isytihar diri sebagai 'Geng Bas Sekolah' - tak boleh bergaduh tetapi mesti tolong menolong... hehe..

'Geng Bas Sekolah' tu apa bendanyer...

Malam tersebut, malam Jumaat Umi dan Aisyah ikut Abah solat jemaah di masjid.. Lepas balik dari masjid, kita menonton Ehwal Perdana di RTM. Malam tadi, Umi siapkan dua sbstract kertas kerja untuk di hantar ke Seminar Antarabangsa untuk bulan April nanti.. Mudah-mudahan abstract Umi diterima at least satu. Insya Allah..Prinsipku, 'Try is no harm..' Try saja hantar abstact ke seminar, hantar artikel ke akhbar ke, majalah ke, mintak apa-apa yang kita nak.. Try is no harm.. kalau tak try pasti kita tak dapat.. Jadi baik try!

Dah malam, maka habislah hari pertama awal tahun 1429H.

Doa Umi, Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..insya Allah dan amin..