Friday, November 30, 2007

Interview Biasiswa PhD



On Wednesday 28th November, there were few things happened to me actually.. I wished to write some entries in this blog, but time was pretty constraint. ..

But the most important event happened on that day was the interview session for PhD scholarship, and I was there, as one of the candidates to apply for the scholarship offered by the University.

There were 7 candidates in total from my department . We were asked to be there at 2.15pm to get ready for our turn to be called. At the same time, there were ten other candidates from other departments with the same hope, to get the scholarship in order to pursue for PhD degree in different fields.

My tummy was not ok on that day..Memulas-mulas, Ya Allah.. gabranya nak kena interview.. I felt nervous, and there was butterfly in my stomach. I could not control my tummy anymore.. Ayyooo.. I went to the ladies more than 4 times .. Adoiii..

While waiting, I tried to calm myself by chatting with other candidates- asking questions such as, "if they ask like this, how to answer yer... If they ask like that, how to answer yer.." Alhamdulillah that helped me a lot to calm myself...

Jam 3pm Abah hantar mesej.... tut tut... (bunyi mesej!)

Abah tulis, 'Maam, Selamat berjaya. Tadi pukul 10 pagi Abah dah solat Dhuha dan solat hajat untuk Umi. Abah yakin Umi boleh, cuma kena
cool supaya dapat menjawab dengan rational. UMI BOLEH!'



'Thank you Bah....'



My sisters pun hantar mesej bagi semangat dan doa..
Thank you yer...

At 4.30pm, sampai turn aku... I was called together with my two other friends Y and N at the same time... "Ya Allah.. permudahkanlah aku dapat jawab soalan panelist ni.."

There were 4 panelists waiting for us.. .My friend Y had to start first. Then Prof A posed the question to me, "Ok now we go to you, tell us about your proposal.."

I told myself, ' Calm down hidayah.. relax.. tawakal to Him and try to explain the best that you could...' Bismillahirrahmanirrahim..

"Assalamualaikum, my topic is about family law.....bla bla... I want to focus on ..... bla bla... This issue is very important since the statistic given shows that.... bla bla... Objectives of this study are..... bla bla.. This research is very crucial since it deals with human capital which will affect our nation bla bla.... At the end of the research, I will present a mechanism in......bla bla..."

Prof A then said, 'Oh.. it's interesting, tell us about your methodology of the study. How you can ensure that all of the objectives can be achieved.. Have you dealt with any potential supervisor? Tell us about you plan.."

Prof H then asked another question, "How about your place of study. You state here that you already have a place under part time basis in IIU and you wish to do twinning program with Melbourne University ..Tell us about that. Why you choose twinning program instead of state to one place?"

I tried my best to answer all questions, the very best that I could..

I told them that I have sent my proposal to Professor Abdullah Saeed, Head of Asian Law and Islamic Centre in Melbourne University and he had answered my email saying that he has no objection to supervise my thesis. Prof Abdullah Saeed is a very prominent figure in Australia. He leads Asian Law Centre and had supervised more than 20 PhD students.


Actually I met him in the International Seminar on Human Right organised by AG Chambers last year and unintentionally, during the lunch he took the food and sat beside my friend and me. We discussed a lot especially on human right and the gender issues. He then gave me his card and said to us, 'Please contact me if you come to Australia...' and I also gave my card to him and said, 'Sir, if I want to go to Melbourne U for my PhD, will you be my supervisor?' He answered, 'Of course, please contact me..'

Prof A then said, 'I think based on your experience, you have a clear plan on what kind of field and issue that you want to focus..I dont have any other question to ask.. How about other panelist?"

Prof A then continued with few other questions to N as the last person for that day.....

Alhamdulillah, we finished our session around 5.20pm..

My prayer will remain the same..

.'Ya Allah, I wish to continue my study, to search for Your knowledge, the best that I could in order to fulfill the duty as your Caliph on earth. I want to be one of the scholars in Islam, to be somebody on earth that can give contribution to my religion and my people. Hopefully what ever I do in this world can help me in the day after life..I want to be somebody who can speak for Islam. Grant me what ever best for me in your eye... Amin...'

Thursday, November 29, 2007

Mutiara Hati Disiarkan Kembali

Tadi Umi pergi kedai kol 5.30pm, dalam kedai tersebut ada ditayangkan TV9. Rupa-rupanya cerita Mutiara Hati disiarkan semula mulai hari ini.. Terkejutnya Umi..

Aisyah tengah sibuk cerita pasal rindu kepada Nabila, tetiba ada disiarkan semula.. TV9 ni macam tau-tau jer... hehe..

Umi terus call dan bagitau Aisyah supaya bukak TV9 sekarang..Aisyah terus bukak dan lepas tu Aisyah telefon Umi, masa tu Umi masih dalam kedai Azira, beli nasi beriyani untuk makan malam ni..

"Umi..Umi..Aisyah ni..."

"Ya Aisyah, Aisyah dah bukak TV9 tak?"

"Dah Umi.. Aisyah tepon ni sebab Aisyah nak ucap terima kasih pada Umi.."

"Terima kasih sebab apanya?"

"Umi..terima kasih yer sebab bagitau Aisyah ada cerita Nabila dalam TV9. Syukur pada Allah Aisyah dapat tengok Nabila lagi..."


Ayat-ayatnya sungguh menyebabkan aku terkedu, terpikir. dan nak tergelak... kuat sungguh Nabila dalam diri anakku ini..

Aisyah ..Aisyah...

Artikel Umi Dalam Harian Metro 28 Nov 07

Hari ini, dua artikel Umi keluar dalam papers. Satu dalam Berita Harian, satu lagi dalam Harian Metro ruangan MINDA. Umi tulis dua-dua artikel mengenai perkahwinan, beza pendekatan jer sket..






Memelihara Ikatan Suci Perkahwinan
Oleh: Nurhidayah Muhd Hashim





Kisah artis berkahwin dan kemudian bergaduh dan bercerai selalu memenuhi ruang akhbar. Kisah sebegini pula selalu menarik minat masyarakat awam. Mereka ingin tahu siapa pilihannya, bagaimana perlaksanaan majlis perkahwinan, berapa hantarannya dan bagaimana mereka berpakaian semasa majlis tersebut. Keadaan akan jadi lebih heboh apabila artis yang baru berkahwin bergaduh dan bercerai.




Kesukaan masyarakat ini dimanfaatkan pula oleh media untuk menayangkan dalam ruangan yang besar isu-isu berkenaan. Isu-isu sebegini sebenarnya boleh menyebabkan masyarakat menerima hakikat kahwin dan cerai adalah perkara biasa di kalangan artis sepertimana berlaku di Barat. Ini merupakan perkembangan yang sangat tidak positif dan tidak bermanfaat.

Perkahwinan dalam pandangan Islam adalah satu perkara suci dan tinggi nilainya. Ia adalah saranan Allah kepada manusia bagi meraikan fitrah kejadian manusia ciptaan-Nya. Allah SWT mencipta manusia dengan sebaik kejadian, meletakkan unsur syahwat dan menanam perasaan kasih sayang yang bergerak selari dengan perkembangan kemanusiaan itu sendiri.


Oleh itu, semua orang berkemampuan dan cukup syarat dianjurkan berkahwin dan membina keluarga. Namun begitu, sekiranya seseorang belum mampu untuk berkahwin, hendaklah berusaha menahan hawa nafsu sebaiknya. Panduan itu diberikan Rasulullah SAW dalam sabdanya bermaksud: “Wahai orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) dapat mengawal mata dan kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Dr Wahbah al-Zuhayli dalam kitabnya al-Fiqh al-Islamiy mendefinisi perkahwinan atau al-nikah sebagai 'satu akad yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan bukan muhrim, menimbulkan hak dan kewajipan antara kedua-dua mereka.'Justeru, terdapat beberapa perkara penting dapat dikeluarkan:




  • Perkahwinan menyatukan dua insan dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait perjanjian dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan antara mereka selepas akad dilaksanakan. Oleh itu, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang perkahwinan berlangsung.

  • Perkahwinan hanya boleh berlaku di antara lelaki dan perempuan bukan muhrim. Islam mengharamkan hubungan sesama muhrim walaupun mereka saling mencintai seperti anak dan bapa, adik-beradik , anak saudara dengan bapa saudara dan sebagainya.

  • Selepas wujudnya akad, barulah wujud hak dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi dan ditunaikan pasangan terbabit. Hak isteri adalah tanggungjawab suami untuk tunaikan dan hak suami menjadi tanggungjawab isteri untuk tunaikan. Hak anak yang lahir selepas ikatan itu menjadi tanggungjawab ayah dan ibu untuk tunaikan. Istilah tanggungjawab pula memberi konotasi yang besar, perkara yang ditanggung dan perlu ditunaikan dengan ikhlas, jika gagal maka perlu dijawab di hadapan Allah di akhirat kelak terhadap pengabaian itu.

  • Bagi pasangan yang belum berkahwin sama ada sedang bercinta atau bertunang, belum wujud sebarang hak dan tanggungjawab antara mereka. Hubungan mereka belum dihalalkan agama dan mereka tidak boleh bebas bergaul, berpegangan tangan, berpelukan apatah lagi melakukan hubungan kelamin kerana Islam tidak mengiktiraf mereka sebagai pasangan yang sah.

  • Inilah yang paling ketara antara perkahwinan di sisi pandangan barat dan Islam. Bagi golongan barat, apabila pasangan saling cinta mencintai, hubungan kelamin adalah suatu yang lumrah. Agama tidak mempunyai peranan dalam tindakan dibuat. Kerana itu, melakukan hubungan kelamin, mempunyai anak sebelum berkahwin bukan mengaibkan dalam masyarakat mereka. Islam tidak membenarkan kita menyerupai dan mengambil langkah seperti mereka.

  • Akad perkahwinan adalah ikatan murni antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama dalam sebuah rumah tangga. Nilai keagamaan sangat jelas dizahirkan di mana tertolaklah perkahwinan sama jantina, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Barat menerima lelaki berkahwin dengan lelaki dan wanita berkahwin dengan wanita. Ia kerana perkahwinan bagi mereka adalah titik akhir penzahiran kecintaan antara dua insan. Tidak ada hubung kait dengan elemen keagamaan. Sedangkan Islam sama sekali tidak mengiktiraf hubungan gay atau lesbian. Bahkan Islam tidak mengiktiraf perkahwinan mana-mana pihak yang membuat pembedahan tukar jantina. Islam tidak mengiktiraf perkahwinan lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki.


Justeru, wajar dipelihara sebaik mungkin ikatan perkahwinan kerana ia bukan sahaja ikatan suci yang menggabungkan dua insan, tetapi juga dua keluarga dan keturunan. Dengan itu, silaturahim antara manusia akan berkembang dan kehidupan insan akan menjadi lebih berseri.

Artikel Umi Dalam Berita Harian 28 Nov 07

Artikel tu Umi tulis masa dalam library, mengenai kes Siti Nadzirah yang bawak anak lari dari Pakistan. Kesian ingatkan ujian getir yang menakutkan yang dia lalui...

PEGUAM SYARIE MENULIS:

Implikasi perkahwinan berbeza bangsa, negara
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim


KISAH perjuangan ibu muda, Siti Nadzirah Mohd Nasir, 20, yang terbabit dalam pertikaian penjagaan anak sejak beberapa bulan lalu menarik perhatian semua. Kes ini mengenai hak jagaan anak kecil berusia setahun hasil perkahwinan antara warga negara Malaysia dengan Pakistan.


Beliau yang berkahwin di Malaysia mengikut suaminya pulang ke Pakistan untuk bertemu ibu bapa mentua. Tetapi, apabila ingin kembali semula ke Malaysia, Siti Nadzirah tidak dibenarkan membawa anaknya bersama. Beliau akhirnya kembali ke Malaysia dan meneruskan perjuangan mendapatkan hak jagaan dan seterusnya berjuang membawa anaknya kembali ke sini.



Kes itu menarik perhatian Pengerusi Biro Pengaduan Awam dan Hal Pengguna Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Subahan Kamal dan seterusnya menyaksikan campur tangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, bagi mencari jalan penyelesaiannya.

Kes itu akhirnya menarik pembabitan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) iaitu Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar bertindak mewakili Siti Nadzirah dalam permohonan kesnya di Malaysia.


Pada 23 November lalu, Siti Nadzirah membuat tuntutan hak jagaan anak secara sebelah pihak (ex-parte) di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dan mahkamah meluluskan perintah hak jagaan sementara kepada beliau hingga keputusan berhubung hak penjagaan kekal dibuat.

Penghakiman juga membenarkan suami melawat anak pada bila-bila masa dengan pengawasan polis di balai polis berdekatan. Kes tuntutan fasakh Siti Nadzirah untuk memutuskan perkahwinannya pula akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada 9 Januari depan.


Kisah wanita muda ini membuka mata kita untuk melihat kesan dan implikasi perkahwinan campur antara dua bangsa, apatah lagi antara dua negara kerana membabitkan bidang kuasa mahkamah berbeza. Kes ini bukan kes pertama. Sebelum ini kita didedahkan dengan banyak kes perceraian serta perebutan anak membabitkan dua negara seperti kes Raja Bahrain dan kes Lepat. Apabila keadaan ini berlaku, yang menjadi mangsa adalah anak.


Kita akui bahawa ajal maut, jodoh dan rezeki adalah ketentuan Allah, tetapi usaha serta tindakan manusia turut memberi kesan kepada perkara itu. Rasulullah SAW sendiri menyebut, "Dinikahi perempuan kerana empat perkara, kerana hartanya, rupa parasnya, keturunannya dan agamanya. Pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan selamat." Ini menunjukkan kita perlu membuat pemilihan dengan sebaik mungkin kerana perkahwinan adalah untuk sepanjang hayat, bukannya sehari atau setahun dua.


Apatah lagi bagi seorang perempuan, sudah tentu lebih wajar bagi yang ingin berkahwin untuk mengkaji siapakah calon suaminya kerana seorang isteri akan lebih dipengaruhi dan tertakluk kepada suaminya. Imam Hassan pernah ditanya seorang bapa, "Dengan siapakah perlu aku kahwinkan anak perempuanku? Beliau menjawab, kahwinkanlah dengan lelaki yang beragama dan bertakwa. Jika dia sayang pada anakmu, dia akan melayannya dengan baik. Jika tidak sayang, dia tidak akan melayannya dengan buruk."


Apabila seseorang ingin berkahwin dengan bangsa lain dari negara lain, banyak persediaan perlu disiapkan termasuk persediaan mental, spiritual, fizikal dan kewangan. Kegagalan membuat persediaan akan menimbulkan kejutan demi kejutan kepada pasangan dan mungkin menjadi faktor kegagalan perkahwinan dibina. Apatah lagi kita terpaksa akui perbezaan budaya, suasana, makanan, serta cara hidup sangat mempengaruhi pasangan.


Secara tidak langsung, apabila Islam menyarankan supaya menilai bakal pasangan sebelum berkahwin, ia menunjukkan bahawa perkahwinan adalah sesuatu yang dirancang. Ia bukan sekadar berserah, berkahwinlah dengan sesiapa saja dan lihatlah apa nasib yang berlaku.

Dengan kata lain, perkahwinan bukanlah penyerahan secara total, berdasarkan nafsu semata-mata, tetapi ia suatu perkara yang direncanakan, diusahakan dengan teliti, teratur dan diiringi doa mohon keberkatan daripada Allah SWT pada setiap masa.

Namun begitu, apabila setiap pasangan melangsungkan perkahwinan dan menghadapi masalah berbangkit hasil daripada perkahwinan itu, masyarakat perlu memberi bantuan. Ibu bapa wajar campur tangan bagi menyelesaikan kebuntuan. Sokongan moral, nasihat dan dokongan ibu bapa adalah bantuan tertinggi bagi pasangan yang menghadapi ujian pada saat getir ini.


Atas dasar itu, kita mengucapkan tahniah kepada ibu bapa Siti Nadzirah yang sama-sama bersusah payah dan memberi sokongan moral dalam mengharungi kesukaran di samping menemani beliau dalam setiap urusannya. Namun, apa yang agak dikesali ialah ke mana perginya badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi dan hak wanita kerana tidak ramai tampil mempertahankan hak berkenaan di kala wanita muda itu menghadapi kesulitan.


Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dikirim ke exco_pgsm@yahoo.com

Wednesday, November 28, 2007

Ilmu Aisyah

Semalam, Aisyah tanya soalan kat Umi,
"Umi..takpe ke Umi tulis pasal Aisyah dalam komputer tu..?"

"Takpe..apa pulak tak boleh.. Umi tulis dalam blog kita sendiri, macam tulis dalam buku kita sendiri.. "
"Aisyah suka tak baca cerita Aisyah dalam komputer?"

"Aisyah suka sangat.. tapi ada tak orang lain baca?" Tanya Aisyah lagi.

"Ada kot.. blog tu maknanya buku dalam internet. Sapa-sapa yang datang kat blog kita, dia boleh baca le cerita yang Umi tulis. Tak kira lah cerita pasal Aisyah ke, pasal apa-apa lah.. Kenapa Aisyah tanya?"

"Orang tak marah ke Umi tulis pasal Aisyah?"

"Mana boleh marah. Umi tulis pasal anak Umi, bukan tulis pasal anak orang lain."

"Aisyah segan le Umi.. nanti orang ingat Aisyah sorang yang pandai.. nanti orang marah le Umi.."

"Apa pulak.. Umi tulis pasal anak Umi, sebab Umi tau pasal anak Umi jer. Anak orang lain pun pandai jugak, tapi Umi tak boleh tulis sebab Umi tak tahu pasal cerita orang lain.. "

Umi jelaskan panjang lebar nak memecahkan masalah Aisyah,
"Sebenarnya, Umi tulis cerita Aisyah sebab Umi sayang sangat dengan Aisyah, jadi bila Aisyah dah besar, Aisyah boleh baca cerita Aisyah masa Aisyah kecik-kecik...itu kita panggil kenangan..."

Dalam hati aku, 'Paham ke anak aku makna kenangan ni.. 'hehe..

"Bukan ke nanti orang ingat kita aksyen Umi.." tak puas hati lagi Aisyah dengan penjelasan yang aku buat.

"Takde lah.. apa pulak nak aksyen.. kalau Aisyah jadi anak yang bijak, Umi bersyukur pada Allah.. Aisyah paham yer?"

"Aaa.. yelah Umi.." Rasanya macam tak puas hati lagi tu.. hehe..

Anakku Aisyah.. mudah-mudahan jadi Anak yang solehah sepanjang hayat. amin..

Tuesday, November 27, 2007

Akhirnya Aisyah ke Library Shah Alam

Akhirnya, Aisyah dan kawan-kawannya berjaya menjejakkan kaki ke Library Shah Alam beramai-ramai apabila Umi melaksanakan plan yang dirancangkan pagi tadi. Gembira sakan Aisyah, Sarah, Shasha, Haris, Amar dan Azim dapat ke library.

Sebelum bertolak, Umi panggil semua dan suruh duduk depan Umi untuk mesyuarat ringkas.

"Shasha, cuba kira ada berapa orang sekarang?" Soalan pertama Umi untuk Shasha..

"Ada enam orang Umi.." Jawab Shasha dengan bersungguh-sungguh.

"Ok, sekarang Umi want to tell you things to do and not to do in the library.. First, you have to listen to Umi carefully. Abang Azim is appointed to be the leader. Listen to him as well..." Umi mulakan mukaddimah..

" In the library, cannot shout, speak nicely and act properly. If anybody wants to go to toilet, you have to tell Abang Azim to accompany you to the toilet. Do not run or go to other level without permission from Umi....Understand?"

"Yes...Umi .." my good children answered clearly.

"One more, you have to make sure your tummy is full before we go, because you can't eat or drink in the library. Anybody who does not follow regulations will be punished. Umi will not bring you again if you fail to listen to Umi..understand?"

"Yes Umi.."

"Are you ready children?'' Umi tanya lagi..

"Yes Umi..." hehe.. bersemangat sakan..

"Go into the car, sit properly. Don't quarel in the car. If not, don't follow.." Umi macam garang sakan hari ni..hehe..
Maklumler nak jaga enam orang budak..macam cikgu nursery je rasanya.



Sampai di library, library belum buka sebab baru
jam 9.55 pagi. Lagi 5 minit nak buka. Ramainya kanak-kanak sedang tunggu depan pintu library untuk masuk..

Sambil tunggu pintu dibuka, Aisyah nak ambik gambar..

Ini gambarnya..
Yang mana satu Aisyah yer?

Yang mana lagi kalau bukan tepi kiri sekali tu..
Yang depan tu Shasha.
yang tengah tu ler Sarah..

Boys takde gambar ker?

Ada... ini dia.. jeng jeng..




Depan yang kecik tu Haris, sebelahnya yang buat pistol tangan tu Amar..

Sapa belakang pegang Notebook Umi tu??
Itu ler Abang Azim..

Sebab jadi leader, dia kena pegang notebook Umi, Umi nak buat artikel untuk Berita Harian siaran Rabu 28hb Nov ni dalam library, sementara tunggu bebudak ni baca dan main..


Masalah siket timbul sebab masa Umi nak bawak notebook masuk, makcik guard tahan, dia kata boleh bawa komputer sahaja, beg dan ain-lain kena letak kat luar.. Kelam kabut siket ler Umi keluarkan notebook, mouse untuk di bawak masuk.

Dalam library, budak-budak ni sangat bergembira, membaca dan melukis, cari buku, sepah buku dan macam-macam lagi..

All of them, behave nicely... Baguss..

After 3 hours in the library. Umi called them, "Time's up children..Insya Allah, next time we come again.."

Dan malam tadi Aisyah bercerita dengan Abah betapa happynya dia ke library...
"Best Abah.. betol.. Tak tipu.. best kat library.. Aisyah colour tapi tak siap sebab Umi panggil balik.. Best tau Bah pegi library..''

Dan Abah memberi response, "Ye ker.. oo best yer .. buat apa lagi kat sana ..gaduh tak?.. Tak gaduh.. bagusnyer anak Abah...Aa.. macam tuler..." hehehe.. as usual, itu ler response Abah bila dengar Aisyah bercerita.

Ooo ada satu lagi, bila nak tidur tadi, Aisyah tanya soalan yang sangat tinggi yang mengejutkan Umi, "Umi..Umi boleh tak cerita pasal sains, mengenai body kita, dari kepala sampai kaki, urat-urat semua, Aisyah nak tahu la..."

Sambil terpegun, Umi jawab.."Oooo itu semua ada dalam buku kat library, nanti Aisyah baca yer...Umi cerita lain kali ler... pegi tidur dulu ye sayang.."


Anak Umi Aisyah yang comel, Umi doakan mudah-mudahan menjadi Muslim yang suka membaca, cintakan ilmu dan juga sentiasa berakhlak baik..Amin

Saturday, November 24, 2007

Aisyah Nabila - Mutiara Hati

"Umi, Kalau kita ada rezeki, kita pegi Jakarta yer.." Aisyah luahkan hasratnya masa duduk-duduk bercerita dengan Umi baru-baru ini..

"Nak buat apa pegi Jakarta.. Jakarta tu jauh, mahal nak beli tiket flight."

"Maksud Aisyah.. kalaulah Allah bagi Umi rezeki, kita pegi lah Jakarta..bukannya Aisyah push Umi, Aisyah tanya jer.."


"Yelah.. tapi buat apa nak pegi Jakarta?"

"Aisyah rindu sangat dengan Nabila. Aisyah nak jumpa Nabila, Aisyah nak tanya dia sihat ke tak? Sebab dalam TV dah lama habis cerita Mutiara Hati..Dia pun umur 6 tahun, Aisyah nak tanya nanti tahun depan Nabila masuk sekolah mana?..Bolehlah Umi yer..." renget simanja Umi.

"InsyaAllah, kita kena bincang dengan Abah dulu. Kalau Abah kata boleh, baru lah boleh pergi.."

"Macamna kalau Abah kata tak boleh pegi.. Jomla Umi.."

"Kita kena tanya Abah dulu. Kalau Abah kata boleh, barulah boleh..Kalau Abah kata tak boleh, kita kena dengar cakap Abah.. sebab Abah tu ketua keluarga kita.."

Selepas Aisyah menjalankan urus niaganya memujuk Abah (dengan manjanya sehingga cair Abah). Akhirnya Abah kata "Insya Allah..".

Dangan penuh gembira Aisyah bercerita betapa rindunya dia pada Nabila..Sehingga dia kata dia nak tukar nama dia jadi Aisyah Nabila Umairah Fairuz.... panjangnyer nama...


Nabila dangan Aisyah ni Umi tengok ada banyak kesamaan, sampai ramai orang cakap Nabila dengan caranya, ayat-ayatnya dan keupayaannya macam nak sama dengan cara percakapan Aisyah..

Agaknya Nabila tiru Aisyah kot..hehe..

Atau Aisyah tiru Nabila??

Mari kita siasat.. Siapa tiru siapa ni...

Macamna Umi nak jelaskan bahawa Nabila itu hanya dalam filem Mutiara Hati saja, bukannya betul?? Susah ni, satu perjuangan yang sukar....



Friday, November 23, 2007

Birthday Aisyah 111107

Aisyah Berumur 6 Tahun



Aisyah darling Umi mencapai umur 6 tahun
pada 11 November baru ini.


Umi dan Abah buat majlis birthday kecil sahaja, bersempena birthday Aisyah dan open house untuk jiran-jiran terdekat dan juga cikgu-cikgu sekolah Aisyah.


Aisyah tiga hari sebelum birthday sangat excited dan asyik bertanya soalan,

"Umi, Umi dah beli kek harijadi Aisyah tak?"

Dan Umi akan jawab, "Belum, nanti sampai waktu, Umi beli lah.."


Aisyah dengan Sarah sangat akrab dan muka pun hampir sama. Dua orang ni best friend sangat-sangat rapat. Aisyah lahir 11 Nov 01 dan Sarah pula lahir 5 Nov 01.
Umi dengan Mama Sarah bincang, why not we have one majlis for both kids...


Pada 11 November, Aisyah ada graduation day (ihtifal) Sekolah Tadika Little Caliphnya dari 8 am - 1 pm. So we can not have any makan-makan on that day.


Akhirnya kita buat keputusan buat pada 10 November, waktu pagi antara 10 am - 2 pm kat rumah Umi.

Mama Sarah masak spaghetti, Umi masak Soto, roti john dan goreng frozen food iwani.
Aisyah pakai baju raya puasa yang sama corak macam Umi..




Lepas birthday tu, Aisyah bagitau Umi, "Umi.. Umi tahu tak satu rahsia Aisyah?"

"Tak tahu, apa rahsia Aisyah tu? Boleh bagitau ke tak?"

"Boleh... rahsianya Aisyah dah birthday jadi Aisyah dah jadi orang besar, bukan kanak-kanak lagi. Sebab tahun depan Aisyah dah masuk darjah 1. "


Aa.. lah, Aisyah dah besar lah rupanya..patut ler tembam, makan banyak yea..." Sambut Umi.."


Aisyah buah hati Umi memberitahu rahsianya yang sebenar...

"Umi tau tak, bila Aisyah dah jadi orang besar, kalo Umi ada apa-apa masalah, Umi boleh sembang dengan Aisyah.. Sebab Aisyah paham apa yang Umi bincang..."


"Oooo.. gitu maksudnyer.. Sekarang Umi dah tahu dah, kalo Umi ada masalah, boleh bincang dengan Aisyah sebab Aisyah sekarang bukan kanak-kanak lagi..."


"Pandailer Umi ni.." sahut si manja Umi dengan penuh ceria...



Macamana rupa kek Aisyah yer? Lepas di potong-potong, rupanya dah jadi macam ni....
















Happy Birthday Aisyah dan Sarah...

Semoga membesar menjadi anak-anak yang solehah, baik akhlak dan suka melakukan kebaikan..Amin..

Thursday, November 22, 2007

Aisyah dan Perpustakaan Shah Alam

Malam tadi Umi janji nak bawa Aisyah dan kawan-kawan baiknya (jiran sebelah) iaitu Sarah, Shasha, Amar, Azim dan Haris ke perpustakaan Negeri Shah Alam kol 2-5pm hari ini. Pagi Umi pergi opis dulu siapkan beberapa kerja dan serahkan buku untuk diterbitkan pada Pusat Penerbitan UiTM (UPENA).

Masa Umi keluar dalam 9.30 pagi, semua kanak-kanak tersebut dah bersiap dengan baju cantik-cantik..

" Umi, kita nak pergi sekarang ke Umi?" Sarah mulakan soalan..

"Ye lah Umi, kita nak gi sekarang ker..? Shasha pulak menyusul...

"Tak.. Umi pegi opis dulu, korang duduk rumah, main-main dulu.. Lepas makan tengahari kat rumah masing-masing, sembahyang zohor dulu, kol 2 petang kita pegi yer..." Jawabku yang dipanggil Umi oleh semua anak-anak jiranku.

Memang bagus semua budak-budak panggil Umi, aku pun suka kerana aku anggap semua anak-anak jiran seolah-olah anakku semuanya. Kalau dipuji, puji semua. Kalau ada salah silap, nak tegur atau nak marah, aku akan tegur dan marah semuanya, atas alasan semuanya anak Umi, jadi sama rasa sama kena .... baguskann..

Selesai semua tugasan, jam 12.50 thg aku balik rumah semula, sebab nak siap ke perpustakaan dengan anak-anak ni.. Tetiba Mama Sarah datang, "Umi, i'm very sorry tak dapat benarkan empat orang budak-budak tu ikut you...." "

"Laa.. apasalnye... tadikan semua dah ready.."

"Sebab semua empat-empat orang dah langgar peraturan yang I buat, ada empat perkara dia orang kena buat pagi ni, kalo semua berjaya, baru dapat ikut Umi.. so I have to punish my children... if not dia orang tak dapat hargai apa yang I benarkan...."

"Ye ker... alahai... what should we do yer...Tapi tak per, I dont mind, you can decide, I just follow...If tak dibenarkan kita tukar ke next week lah...." Aku cadangkan Isnin pagi next week.

Mama Sarah kata, "Tengok whether dia orang can follow the regulations or not...but today, it's confirmed cannot go...Sorry yer Umi..."

Aku pun kata, "Tak per... I will tell Aisyah..."


Kemudian, aku pun panggil Aisyah, "Aisyah, kita tak dapat pergi library hari ni sebab Sarah, Shasha dan abang-abangnya kena punishment sebab tak ikut peraturan Mama.. Apa kata kita pegi next week, pagi isnin."

Tetiba my darling Aisyah menangis terisak-isak.."Umi, Umi ni kan selalu tukar program.. Kalo kita dah janji, kita kena buat...Aisyah dah siap dari pagi lagi, pakai baju cantik-cantik.. bangun awal.. Bukan sekali ni Umi tukar program, hari tu pun Umi dah tukar program.. Dah janji dengan Aisyah nak pegi Toy r Us, lepas tu tukar program...Aisyah sedih sangat..." Air matanya meleleh-leleh keluar...

Dalam hati aku..'Susahnya berjanji dengan ustazah comel ni..siap hujjah-hujah lagi....'

"Ok kalo semua tak boleh pergi, apa Aisyah nak buat? Nak pegi sorang takde kawan ke nak pegi minggu depan dengan kawan-kawan?"

"Aisyah tak boleh kalo dah buat program, mesti kena buat..Umi yang cakap, orang Islam kena ikut kalo kata buat , mesti buat..."

Aisey man... anakku...hujahnya selalu mengecutkan perut Umi..

"Aisyah, mari kita slow talk. Aisyah tengok Umi yer.. Bukan Umi yang tukar program tapi Mama Sarah tak kasi anak-anaknya pegi. Ada dua je pilihan, Aisyah nak pegi sorang atau tak payah pergi hari ni...Aaa.. apa kata kita pegi tempat lain, macam pegi giant ker..." Aku beri cadangan.

Kesiannya Aisyah, how I wish if I can give her a friend to play with...

"Library tu tempat buku le Umi, Giant tu bukan tempat buku. Kalo kita nak pegi library, mesti library, mana boleh tukar pegi giant.. Aisyah dah plan library dalam kepala Aisyah.." Sambil berhujjah, air matanya meleleh turun...

adoiii...anakku ni lawyer betol ler... isyyyy...

Akhirnya aku ambil keputusan untuk call Amirah, anak saudara di Bukit Jelutong untuk ajak ke library. "Ok lah, kita call Amirah, tanya Papa Uji dulu, kalo Papa Uji setuju, kita pergi dengan Amirah yer...."

Bersinar terus mata dan muka Aisyah....

Lepas tu dia kata, "Hari tu Umi yang kata, kita kena bercakap benar walaupun pahit..."

Aisyah.. Aisyah.. kadang-kadang aku pun pelik, macamana dia boleh bercakap macam orang tua...umurnya 6 tahun tapi selalu bercakap macam orang besar...Apakah anak-anak zaman sekarang semuanya begitu... Sangat sukar menjadi ibu bapa tanpa ilmu parenting dewasa ini..

Pengajaran sangat berguna aku dapat hari ini, dari seorang insan kecil bernama Aisyah..

So persoalannya... Aisyah sebenarnya pergi ke tidak ke library???

Sebenarnya Aisyah pergi sekejap je dengan Amirah. Umi dengan Abah bawak Aisyah dan Amirah ke library dalam 30 minit sahaja. Pergi servey tempat kanak-kanak di tingkat berapa, buku apa ada di library, buku BM atau buku English...tingkat bawah ada buku apa.. dan sebagainya. Kiranya lawatan Aisyah hari ini adalah sebagai preparation untuk dia datang lagi hari Isnin depan.....

Umi Jawab Hak Muslim dalam Berita Harian

Tulisan di bawah adalah jawapan Umi untuk slot Hak Muslim dalam Berita Harian yang disiarkan pada hari Khamis, 18 Oktober 07 baru-baru ini. Semua soalan untuk persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dihantar ke alamat exco_pgsm@yahoo.com dan akan dijawab mengikut turutan oleh mana-mana Exco PGSM yang ditugaskan untuk disiarkan dalam Berita Harian.

______________


Hak Muslim: Kakak angkat dilayan suami seperti hamba seks

Oleh Nurhidayah Muhd Hashim

Soalan

SAYA ingin bertanya mengenai masalah kakak angkat yang mengalami krisis rumah tangga serius. Saya mengenali kakak angkat ini kira-kira dua tahun dan sekarang saya menjadi tempat untuknya meluahkan segala masalah dihadapi dengan suaminya yang tidak bertanggungjawab. Mereka sudah berkahwin 10 tahun dan mempunyai tiga anak. Apa yang menyedihkan ialah pasangan ini selalu bergaduh dan setiap kali bergaduh, suami akan meniduri dan melayannya seperti hamba seks iaitu tanpa kerelaan isteri. Suaminya mengatakan bahawa cara untuk menahan isteri supaya tidak memohon cerai adalah apabila isterinya mengandung dan mempunyai anak kecil. Kakak angkat saya juga dipukul dan setiap kali berlaku perkara itu, abang angkat saya akan memberitahu anak bahawa ibunya seorang yang tidak baik dan mendapat hukuman kerana kesalahan dibuat. Kadang-kadang suami tidak memberi duit belanja dapur kecuali selepas mendera dan kemudian meniduri isterinya. Saya sangat simpati mendengar masalah kakak angkat saya. Beliau sangat tertekan dan mungkin boleh menyebabkan melakukan pelbagai perkara tidak sepatutnya. Apakah yang wajar dia lakukan untuk menyelamatkan diri dan haknya. Untuk pengetahuan tuan, kakak angkat saya adalah suri rumah dan tidak berani memberitahu keluarga masalah dihadapinya. Semoga mendapat penjelasan tuan.

Adik angkat lelaki
Selangor


Jawapan

Kami bersimpati dengan apa yang kakak angkat saudara lalui. Semoga beliau dapat bersabar dan tabahkan hati mengharungi ujian ini. Namun begitu, selain bersabar, beliau perlu berusaha kerana Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan orang itu berusaha mengubahnya.

Secara umumnya, perkahwinan adalah gabungan dua insan untuk bersama-sama melalui hidup dengan aman dan saling lengkap melengkapi. Objektif perkahwinan itu sendiri dalam Islam jelas, iaitu sebagai tempat mencari ketenangan dan kebahagiaan di samping menjadi jalan mendapat zuriat yang halal dan salih. Dengan itu, apabila sesuatu perkahwinan gagal menjadi taman syurga, gagal mencapai objektif perkahwinan, bahkan menimbulkan banyak mudarat kepada pasangan seperti teraniaya, terhina, tidak bahagia, terseksa sama ada secara fizikal atau mental, maka secara dasarnya pihak yang teraniaya berhak untuk keluar daripada ikatan rumah tangga itu.

Dalam kes kakak angkat saudara, kami menasihatkan supaya beliau tidak berdiam diri tetapi mengambil tindakan berdasar beberapa pendekatan.

Pertama, kakak angkat saudara perlu berusaha dengan segera mencari jalan untuk meminta ibu, ayah atau mana-mana ustaz disegani suami untuk campur tangan dengan memberi nasihat kepada beliau supaya mengubah tindakannya melayan isteri sebegitu. Islam tidak pernah menyuruh seseorang suami memukul sesuka hati, bahkan Rasulullah SAW sebagai teladan kepada semua orang Islam pernah menyebut, “Sebaik-baik kamu adalah yang paling lembut dengan isterinya dan aku adalah yang terbaik antara kamu.”

Abang angkat saudara sangat tersasar apabila melayan, memukul dan kemudian melakukan penderaan fizikal dan seksual kepada isterinya. Apatah lagi mengatakan dia mendidik isterinya begitu di hadapan anak. Dia bukan saja membawa mudarat kepada isteri, tetapi juga mudarat kepada psikologi dan jiwa anaknya yang menjadi penonton kepada drama penderaan tidak benar itu. Mana tahu, kemungkinan nasihat orang yang disegani boleh membuahkan hasil dan menyebabkan suami itu bertaubat.

Kedua, jika usaha menasihati beliau gagal dan kakak angkat terus teraniaya secara mental dan fizikal, maka Islam memang membenarkan perceraian. Dalam kes sebegini, kebajikan pihak teraniaya adalah satu keutamaan dan kaedah fiqah ada menyebut bahawa ‘kemudaratan hendaklah dihilangkan’.

Jika kakak angkat saudara mempunyai keberanian berbincang dengan suaminya, maka usahakan mendapat perceraian secara baik. Jika tidak, mungkin pihak ketiga disegani tadi memberi nasihat kepada suami untuk bercerai secara baik. Bercerai secara baik seperti diperuntukkan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (EUKIS 2003) merujuk kepada perceraian dengan persetujuan suami isteri dan suami melafazkan talak di mahkamah dengan kebenaran.

Kakak angkat saudara tidak boleh menyimpan keruntuhan rumah tangga daripada pengetahuan ibu bapa dan saudara terdekat. Dia perlu memberitahu ibu bapa dan keluarga masalah dihadapi kerana sokongan moral daripada ibu bapa dan saudara terdekat sangat perlu dalam kes sebegini. Dengan sokongan moral itu, beliau akan lebih tabah dan bersedia menghadapi apa saja kemungkinan.

Jika suaminya enggan bercerai secara baik, maka beliau boleh mengambil tindakan memohon perceraian fasakh di Mahkamah Syariah di mana beliau bermastautin mengikut Seksyen 53 Enakmen sama. Mengikut seksyen berkenaan, memang diperuntukkan bahawa mana-mana pihak boleh menuntut fasakh atas satu atau lebih alasan yang dinyatakan. Antara alasan dibenarkan adalah pasangan lazim menyakiti dan melakukan penderaan. Apa yang kakak angkat saudara lalui termasuk dalam peruntukan ini iaitu penderaan secara fizikal dan mental.

Kami juga ingin menasihatkan supaya saudara dapat memperkenalkan kakak angkat kepada kaunselor atau ustazah. Saudara sebenarnya bukan pihak yang paling tepat untuk mendengar kisah kakak angkat kerana saudara tiada hubungan darah dengan beliau. Banyak kes yang kita temui di mana mangsa yang bercerita dan meluahkan masalah rumah tangga kepada lain jantina, berakhir dengan perkara negatif iaitu bercinta pula dengan orang yang mendengar masalah mereka. Kami harap saudara dapat mengambil tindakan selayaknya supaya perkara sebegini boleh dielakkan.

Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Nurhidayah Muhd Hashim. Sebarang soalan boleh dikirim kepada exco_pgsm@yahoo.com

Tribute to Dr Syeikh The Angkasawan

Artikel ini adalah tulisan aku dan Presiden PGSM, disiarkan dalam Berita Harian pada 31 Oktober 2007. Tulisan ini adalah tribute pada Dr Syeikh, angkasawan Malaysia pertama ke ISS. Semoga Dr Syeikh dalam pengembaraan spritualnya menjadikan dia seorang Muslim yang lebih taat, lebih baik dan jadi contoh untuk peminat-peminatnya...

Bila aku tanya Aisyah, "Aisyah, Aisyah nak tak jadi angkasawan bila besar?..

"Angkasawan tu apa benda Umi.."

Dalam hati aku...'kesiannya anak umi ni, awatnye tertinggal keretapi pulak ker....angkasawan pun tak tau...'

"Angkasawan tu yang naik roket tu macam dalam TV, pergi ke bulan, boleh tengok bumi dari atas langit.. cantik boleh tengok Malaysia dari atas langit..nanti boleh tengok banyaknyer Allah cipta.. ada langit, ada laut, ada bumi, ada macam-macam..."

Tapi Aisyah jawab, "Aisyah tak nak jadi angkasawan. Aisyah nak jadi Doktor.. sebab bila Umi dan Abah tua, Umi mesti sakit, Aisyah nak bagi ubat kat Umi.. sebab tu Aisyah kena jadi doktor..."

"Ye ker.. bagusnyer anak Umi ni...."

Anak umi sayang, semoga Allah selalu merahmati Aisyah hari ini, esok, masa depan di dunia ini dan di akhirat kelak..Amin

Tulisan di bawah ini adalah tribute khusus untuk Dr Syeikh.......

_____________________________

Peguam Syarie Menulis:


Kejayaan Dr Muszaphar amat bererti kepada tamadun Islam
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar dan Nurhidayah Muhd Hashim


KEJAYAAN Dr Syeikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha pergi dan kembali dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 21 Oktober 2007 adalah sejarah besar bagi pencapaian negara. Impian menerokai bidang angkasa lepas dicetuskan pada 2003 berjaya direalisasikan dengan izin Allah yang Maha Esa. Sudah tentu, nama Dr Sheikh Muszaphar terpahat sebagai orang Malaysia pertama dan yang lebih penting sebagai angkasawan Malaysia Melayu Muslim pertama menjejak kaki ke ISS.

Sejarah membuktikan di zaman keagungan tamadun Islam terdahulu, umat Islam atau lebih tepat sarjana Islam, sudah menerokai banyak bidang sains mendahului zaman ketika itu. Umat Islam terkenal sebagai ilmuwan dalam banyak bidang seperti astronomi, matematik, kedoktoran, membina dan mempelopori banyak penemuan baru berbanding Barat yang masih berada di 'Zaman Kegelapan'.

Saintis itu pula pada masa sama adalah seorang yang berilmu tinggi dalam bidang agama, pakar ilmu syariah dan tafsir, menghayati suruhan Allah SWT dan berpegang dengan jati diri Islam yang kukuh. Jika kita dapat mengingat kembali pameran 'Kegemilangan Sains dalam Tamadun Islam' anjuran Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Institut Sejarah Sains Arab-Islam dan Johann Woofgang Goethe University, Jerman pada Januari 2007 lalu, ada banyak maklumat didedahkan berkaitan perkara ini.

Kita melihat umat Islam terdahulu mendahului dalam pencapaian sains, bagaimanakah umat Islam hari ini? Justeru, bagi pencinta keilmuan dan tamadun Islam, kejayaan Dr Sheikh Muszaphar adalah pencapaian yang sangat diraikan, mudah-mudahan menjadi titik permulaan kepada ketinggian tamadun Islam hari ini dalam bidang ini.

Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dengan penuh kerjasama mengeluarkan panduan beribadah di angkasa untuk menjadi rujukan. Dr Sheikh Muszaphar sudah menjawab dengan teratur perasaan beliau serta apa yang terlintas di benaknya sepanjang perjalanan itu. Beliau menjawab, "Saya membanyakkan bacaan al-Quran dan zikir. Saya sempat berpuasa dua hari di angkasa."

Begitu pula apabila ditanya mengenai tanggungjawab sebagai Muslim, beliau dengan tegas memberi keyakinan perjalanannya tidak akan menggugat tugasnya dalam melaksanakan ibadat wajib terhadap Ilahi. Satu jawapan beliau yang sangat memberi kesan ketika ditanya perasaannya melihat bumi dari angkasa, beliau menjawab, "Sesuatu yang mengasyikkan dan hebat. Susah nak gambarkan kepada rakyat Malaysia tetapi saya tulis dalam diari mengenai kebesaran Allah SWT ketika di angkasa supaya dapat dikongsi bersama."

Selain hasil kajian dibuat boleh memberi banyak manfaat kepada manusia di sini, perjalanan itu adalah perjalanan spiritual yang membuka hati, minda dan boleh menambahkan kekuatan iman mengenai betapa hebatnya kuasa Pencipta dan betapa kerdilnya seorang manusia.

Dalam al-Quran, Allah SWT banyak menyentuh mengenai kekuatan spiritual hasil pengetahuan mendalam mengenai kebesaran Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai sekalian jin dan manusia! Jika kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan." (Surah al-Rahman, ayat 33)

Begitu juga Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam." (Surah Ali-Imran, ayat 27)

Inilah yang dinyatakan Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal." (Surah Ali-Imran, ayat 190) Bagaimana dapat dilihat bukti penciptaan itu melalui angkasa?

Ada tiga kelompok insan dalam menangani keilmuan sains. Pertama, mereka yang terlalu memuja sains dan pencapaian atau penghasilan baru tanpa meletakkan sebarang hubungan dengan Allah SWT. Penemuan baru dilihat hasil keintelektualan akal semata-mata dan bukan membina celik spiritual kepada kewujudan dan kebesaran Allah SWT. Mereka ini bukan lebih dekat kepada Tuhan tetapi bahkan lebih jauh dari Tuhannya.

Kelompok kedua menolak sains secara keseluruhan dan melihat semua hasil sains tidak boleh diguna pakai dan pendekatan sains mesti ditolak.

Kelompok ketiga melihat sains adalah alat membuktikan betapa berkuasanya Pencipta, sekali gus membenarkan perbincangan al-Quran dan Sunnah serta menjadikan saintis itu tunduk dan lebih taat kepada Ilahi. Kelompok ketiga inilah yang dijelmakan oleh sarjana sains dalam tamadun Islam silam. Mereka menjaga solat, beramal dengan ibadat asas, menghafal al-Quran, memahami tuntutan al-Quran, tidak melakukan maksiat dengan sengaja, melihat dengan mata kasar dan mata hati sehingga pencapaian sains menjadikan mereka lebih dekat kepada Tuhannya.

Kerajaan juga sudah menyatakan kesungguhan untuk memberi penekanan kepada disiplin ilmu sains dan angkasa lepas. Suka kita sarankan sistem pembelajaran di Malaysia dan kurikulum berkaitan ditambah baik supaya dapat menyemai elemen kebesaran Ilahi dalam pengajaran di samping memetik sumber al-Quran dan Sunnah sebagai pedoman.

Abu al-A'la al-Mawdudi (1987) pernah menyatakan bahawa dalam mendidik manusia, elemen kebesaran Ilahi perlu dimasukkan dalam kurikulum yang ada. Jika tidak dikaitkan dengan Allah SWT dan nilai keagamaan, fenomena kompleks yang ada di alam raya dan makhluknya sebagai bukti kebesaran Allah SWT tidak mampu dilihat oleh pelajar. Mereka tidak akan mampu melihat kehadiran Allah SWT dan tidak akan berupaya untuk menyatukan (synthesize) ideologi yang bertentangan dengan satu penyatuan sepadu.

Berbalik kepada program angkasawan Malaysia, kita sangat berbangga dengan kesungguhan dan ketaatan yang dizahirkan angkasawan Muslim pertama ini. Semoga perjalanan spiritual beliau walaupun tidak dilalui bersama oleh kita semua, dapat dikongsi melalui perkongsian ilmu yang akan disampaikan nanti. Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengucapkan syabas atas kejayaan Dr Sheikh Muszaphar dan semoga ia menjadi pemangkin kepada generasi baru mencintai sains dan astronomi.

Penulis ialah Presiden dan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

Artikel Umi Dalam Berita Harian 6 Jun 07

Artikel ini mengenai kes Lina Joy semasa penghakimannya pada 31 Mei 2007. Masa tu, aku ambik cuti untuk menghadiri penghakiman tersebut. Kisah ini dah lama, tetapi saja di masukkan dalam blog ini untuk tujuan rekod dan boleh freshkan kembali ilmu berkenaan perkara ini.

Pada hari tersebut, jam 8 pagi, aku drive alone from Shah Alam ke Putrajaya. Sampai sana orang dah ramai dan aku tak dapat masuk dalam Dewan sebab semua kerusi dah penuh. Jadi terpaksa duduk di luar sehingga selesai.

Sementara duduk di luar, aku memang ada projek lain, seorang reporter majalah Forward nak interview mengenai Hak wanita Islam dalam dan selepas berkahwin dan Kes di Mahkamah Syariah. Jadi aku suruh dia datang ke Mahkamah di Putrajaya. Kira plan A, if dapat masuk dalam Dewan Bicara, maka interview buat lepas keputusan Lina Joy. Plan B, jika tak dapat masuk, interview dibuat di mana-mana kawasan munasabah di POJ (dulu dipanggil Palace of Justice) sekarang dah tukar ke Istana Keadilan. Akhirnya plan B yang berlangsung.

Selepas interview, kawan-kawan dari Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang dapat masuk dalam Dewan Bicara keep smsing me bagitau perkembangan dalam Dewan Bicara. Jadi sebelum diisytiharkan oleh Setiausaha ABIM masa tu di perkarangan POJ, aku dah tahu dulu keputusan kes tersebut.

Pada masa tersebut Ketua Hakim adalah Tun Ahmad Fairuz, tetapi selepas tersiarnya video Lingamgate dan Tun Fairuz telah tamat kontrak, Acting Ketua Hakim Negara adalah Datok Hamid. Dari sudut kecil hatiku, aku simpati pada Tun Fairuz, sehingga segala sumbangannya hilang begitu sahaja dengan pendedahan Lingamgate tersebut.. Seolah-olah habislah segala yang baik yang dilakukan....Semuanya gone with the wind...

Artikel yang keluar 6 Jun 2007 dalam Berita Harian di bawah adalah berkaitan dengan kes tersebut dan penghakiman diketuai dan dibaca oleh Tun Fairuz....
____________________



Peguam Syarie Menulis: Hak Mahkamah Syariah dipertahan
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim

Penghakiman kes Lina Joy perlu dihormati, selesai kemelut berkaitan maruah Islam

PADA 30 Mei lalu, seluruh negara dan sebilangan negara asing menunggu serta mengupas dengan penuh minat penghakiman kes rayuan Lina Joy yang diputuskan di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. Kes itu adalah rayuan perayu untuk membuang perkataan Islam daripada kad pengenalannya.

Dalam kes itu, majoriti panel hakim, iaitu Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Datuk Alauddin Mohd Sherif menolak rayuan Lina Joy sementara Datuk Richard Malanjum membenarkannya.

Pada masa yang sama, kita melihat sesetengah pihak, terutama media asing cuba memainkan polemik bahawa negara kita tidak mengamalkan kebebasan beragama dan keputusan itu seolah-olah menunjukkan permusuhan antara agama Islam dan Kristian. Kita tidak harus melihat keputusan itu dari sudut sempit tetapi isu terpenting hasil penghakiman ialah kedudukan sistem perundangan sivil dan syariah di negara kita.

Sebenarnya penghakiman itu hanya satu isu yang dipertimbangkan oleh mahkamah, iaitu sama ada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) betul mengikut undang-undang apabila menolak permohonan perayu untuk membuang perkataan Islam daripada kad pengenalannya dengan memerlukan suatu sijil atau perintah murtad daripada Mahkamah Syariah terlebih dulu. Tidak timbul langsung isu negara ini memusuhi agama Kristian dan menghalang orang Kristian mengamalkan agama mereka.

Penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tepat pada waktunya dengan menegaskan isu terbabit tidak patut disalahertikan. Sekiranya kerajaan memusuhi agama Kristian, sudah tentu tiada gereja dan paderi dihalang daripada mengendalikan upacara keagamaan mereka.

Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah sivil tertinggi di Malaysia dan kita hendaklah menghormati keputusan diberikan sama ada memihak kepada kita atau sebaliknya. Kes ini sebenarnya tidak bertujuan memutuskan sama ada perayu seorang Muslim ataupun Kristian. Ia hanya berkaitan dengan tindakan untuk memadamkan perkataan Islam dalam kad pengenalan, berasaskan dakwaan bahawa dia sudah memeluk Kristian dan dibaptiskan oleh sebuah gereja di Kuala Lumpur.

Ahmad Fairuz dalam penghakimannya mengatakan bahawa jika JPN menerima dan mengesahkan seseorang bukan lagi seorang Muslim hanya berdasarkan pengakuan dan pengisytiharan bahawa dia sudah murtad, JPN mengambil risiko apabila mengecap secara silap seseorang sebagai bukan Muslim, manakala menurut undang-undang Islam, orang itu masih lagi Islam.

Sekiranya hanya berdasarkan pengisytiharan dan pengakuan, ia juga akan memberi ruang dan menyenangkan orang yang lahir sebagai seorang Muslim tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam dengan mengisytiharkan mereka dan mengklasifikasikan diri sebagai bukan Muslim hanya semata-mata untuk mengelak daripada hukuman atas kesalahan mengikut syariah. Ini semua akan menyebabkan celaan kepada Islam dan masyarakat Islam.

Dengan sekadar pengakuan bahawa seseorang keluar agama bukanlah satu ketentuan muktamad bahawa dia tidak lagi menganut Islam. Dengan itu, dakwaan perayu tidak lagi berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah kerana Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa terhadap orang yang menganuti agama Islam tidak dapat diterima.

Cara seseorang keluar daripada sesuatu agama semestinya mengikut kaedah atau undang-undang yang ditetapkan oleh agama itu sendiri. Kebebasan beragama mengikut Perkara 11 Perlembagaan memerlukan seseorang mematuhi amalan atau undang-undang Islam, terutama mengenai keluar daripada agama itu. Seseorang tidak boleh dengan sesuka hati keluar dan masuk Islam.

Apabila seseorang menganuti sesuatu agama, akal budi sendiri memerlukan dia mematuhi amalan dan undang-undang agama itu. Untuk memudahkan pemahaman orang awam, kita perlu mengetahui bahawa negara kita mempunyai dua sistem undang-undang, iaitu Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah dalam bidang kuasa yang berbeza seperti digariskan Perlembagaan.

Melalui pindaan Perkara 121 (1A) yang menyatakan antara lain bahawa sebarang keputusan Mahkamah Syariah ke atas satu-satu perkara yang berada dalam bidang kuasanya tidak boleh diganggu gugat lagi oleh Mahkamah Sivil memberi petunjuk bahawa kedua-dua sistem ini harus dihormati dan dipelihara sebaiknya.

Jika kita meneliti secara mendalam penghakiman majoriti kes itu, kita dapati bahawa penghakiman itu memberi pengiktirafan kepada mahkamah syariah dan undang-undang syariah di Malaysia. Ia adalah kejayaan kepada usaha memartabatkan perundangan syariah dan Mahkamah Syariah di negara ini.

Mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah tertinggi di negara ini dengan jelas mengesahkan pemakaian Perkara 121 (1A) dan mengiktiraf bahawa semua urusan keislaman, keluar masuk Islam adalah bidang kuasa Mahkamah Syariah dan ia mesti dihormati sewajarnya. Keputusan ini sangat penting untuk menjadi panduan kepada hakim di mahkamah sivil bagaimana membuat keputusan jika isu yang sama berbangkit lagi.

Peranan dan fungsi kedua-dua mahkamah juga dapatlah difahami sebagai saling lengkap melengkapi dan tidak bersaing antara satu sama lain. Kedua-dua mahkamah ini mengadili secara muktamad dalam bidang masing-masing dan mahkamah yang satu lagi tidak boleh mencampuri urusan dan keputusan sesuatu mahkamah.

Dalam kes Lina Joy, Majlis Agama Islam sebagai responden pertama dan Kerajaan Malaysia serta Ketua Pengarah Pendaftaran Negara sebagai responden kedua dan ketiga hanya ingin menegakkan kebenaran menurut undang-undang semata-mata. Ia terbukti selepas penghakiman diisytiharkan memihak kepada mereka, peguam utama perayu memohon supaya tiada perintah dibuat untuk kos.

Apabila ditanya kepada responden, mereka tidak membantah permohonan itu. Oleh hal yang demikian mahkamah tidak membuat sebarang perintah berkaitan kos. Ia dapat mengelakkan Lina Joy daripada membayar ratusan ribu ringgit sebagai kos di Mahkamah Persekutuan dan mahkamah bawahan.

Fakta ini langsung tidak disentuh oleh kebanyakan media, seolah-olah ia tidak memberi sebarang implikasi terhadap Lina Joy. Tindakan pihak responden ini sebenarnya menunjukkan matlamat utama pihak responden adalah untuk menegakkan keadilan dengan cara baik dan bukan untuk mencari titik pertembungan.

Oleh itu, sama-samalah kita merapatkan jurang dan carilah titik persamaan antara kita. Kita meminta semua pihak menerima penghakiman itu dengan hati terbuka dan jangan terjerumus dalam perpecahan. Sesungguhnya penghakiman bersejarah itu meletakkan mahkamah sivil dan mahkamah syariah di landasan masing-masing dengan betul. Bertitik-tolak daripada landasan itulah kita akan bergerak maju ke arah keharmonian dan saling hormat menghormati dalam menuju wawasan negara untuk menjadi negara majmuk yang gemilang dan terbilang.

Tazkirah Ustazah Cilik

"Umi, umi nak masuk syurga tak?"

"Mestilah nak masuk, takkan tak nak pulak.. Kenapa Aisyah tanya camtu?"

"Takde.. kalo Umi nak masuk syurga, Umi kenalah sembahyang awal.."

Dalam hati aku....'isyy budak ni.. tajamnya ayat ....macam orang tua..'

"Kan Umi selalu sembahyang awal..kadang-kadang jer lambat...Kalo maghrib kita sembahyang jemaah dengan Abahkan..Apasal Aisyah tengok Umi sembahyang kol berapa?"

"Takdelah.. tadi tu Umi sembahyang lambat sangat..."

Adoiii anak Umi ni... kecut perutnya Umi dengar ayat-ayat tazkirahnya..

"Tadikan kita pergi klinik homopathy kat Kompleks, kita kan bincang dengan Doktor pasal Aisyah batuk dan ada kahak.. Lepas tu Aisyah lapar, kita gi makan dulu.. Kol 6.20 kita balik, baru le Umi boleh solat...Sebab tu lambat.."

"Kenapa Umi lama sangat bersembang dengan Doktor tu.. Umi cakap le kat Doktor tu, 'Anak saya lapar, Doktor kena cepat sikit.. Lepas tu nak sembahyang...' Umi kenaler berani cakap macam tu.. Kitakan orang islam...."

Adoiii anakku....

"Kita kan kena hormat orang lain.. hormat orang tua.. jadi kalo Doktor tu tengah cerita kita kena dengar.. Lain kali kita pergi awal lepas sembahyang, lepas makan jadi tak de lah lama sangat.. ok ye Aisyah..."

"oklah.. tapi Umi kena ingat dalam hati dan kepala Umi yer....kitakan orang Islam, kena sembahyang...."

"Baiklah ustazah..."


Aisyah.. Aisyah.. buah hati pengarang jantung Umi dan Abah....

Aisyah batuk-batuk dah dekat sebulan. Dah dua kali Doktor tukarkan ubat anti-biotik dan ubat kahak dan selsema. Jadi Umi nak dapatkan pandangan kedua, try pergi ke klinik homopathy pulak di Kompleks PKNS tadi..

Doktor homopathy nasihatkan untuk budak-budak batuk dan selalu selsema, kena ikut beberapa nasihat untuk elakkan lebih serius sampai boleh bawa semput dan athma..
Antaranya:

1- Kena elakkan apa-apa juice buah dalam botol yang tak fresh seperti ribena, roselle dan lain-lain.

2-Jangan makan buah-buahan yang ada bahan kimia masa perap untuk tahan lama seperti kabaid dan sebagainya. Limau yang diperam, mangga dan buah-buah dari Thailand kena elakkan. Jika nak makan buah, beli yang fresh di pasar segar atau pasar tani. Betik, pisang dan apa-apa yang tidak diperam. Kerana semua ubat-ubat kabaid dan peram menyebabkan lebih serius batuk dan kahak.

3-Ubat batuk dan kahak yang alopathy pulak boleh menyebabkan kahak tersimpan, tak keluar berbeza dengan homopathy, dia akan menyebabkan keluar semua lendir-lendir dan kahak supaya dalaman lebih sihat.

Doktor prescribe beberapa ubat homopathy untuk kuatkan paru-paru dan kuatkan antibody Aisyah. Nama ubat tu Nasobett, Wezzett dan beberapa lagi. Umi belikan ubat minda untuk Aisyah, Doktor kata boleh kuatkan daya hafalan Aisyah. Insya Allah..Nama ubat tersebut Cerdimax..


Semoga Aisyah serasi dengan ubat homopathy ni.. Umi dan Abah selalu doakan semoga Aisyah menjadi anak yang sihat tubuh badan, kuat berpegang kepada prinsip agama, cantik rupa paras dan yang penting mempunyai akhlak yang mulia... Amin ya Rabbal Alamin...

Monday, November 19, 2007

Marking papers

'Tak sudah lagi ker?"

"Tak..Banyak sangat kena marking.."

"Berapa banyak dapat?"

"Ada 140 answerscripts, times 4 questions each, jadi more than 400 questions kena baca dalam masa 7 hari..semua esei panjang....pengsan ler.."

'Buat aje ler pelan-pelan.."

"Tapi masa suntuk, rumah terbuka banyak kena pergi.. isyy pening pening.."

My husband patiently tried to counsel me... This problem keeps repeating every semester. Because of ISO that has been implemented, every of us will be given 1 week to complete marking... not only marking, but to calculate all, key in in the excel, then submit to the office..

Last semester I failed to fulfill the seven days given..and this semester it happens again.

I took the answerscripts on 4th November and need to submit the results before or on 11th November. But I have no ability to settle all within the time limit. After struggling very hard, I managed to finish marking on 13th Nov 07. For four days and nights, I did not do anything unless marking and marking and marking and going to sleep at 3.30am every morning. And my body becomes scramble like scramble egg.. huhhhhh how I wish if I can sub-con this job.

As usual, like previous semesters, my beloved busband will come and help me to release my burden. He will take the calculator, calculate all the marks, put the total marks for every answerscript, write my name on the script and key in in the excel. I feel very happy for his hands and grateful for that. Thank you Bah for helping me every time I need your hands.. Even it looks like simple, but it means a lot to me...

And on 14th November at 2 pm, I went to the main office to submit all the answer scripts with the results to the staff in charge...

Alhamdulilah.. I feel like a huge mountain or maybe bigger than that is just taken away from my shoulder... Releasenya lepas serahkan markah....Alhamdulillah..

Saturday, November 3, 2007

Rumah Terbuka

Bulan Ramadhan sudah meninggalkan kita dengan seribu kenangan dan amal ibadah yang telah dijalankan. Sunat terawih, masjid yang penuh sesak sehingga tak cukup ruang solat hanya tinggal kenangan. Suasana tersebut akan ditemui lagi pada Ramadhan tahun depan..Mungkin.. Tetapi di mana kita pada bulan Ramadhan akan datang? Apakah masih ada umur dan peluang bertemu bulan besar tersebut?? Hanya ALlah mempunyai jawapannya.

Hari ini masuk 22 Syawal bersamaan 2 Nov 07.. Dalam banyaknya jamuan yang ada, aku bersyukur kerana berjaya menghabiskan 6 hari dan esok adalah hari raya untukku....Nak masak apa yer...

Rakyat Malaysia ni memang sangat pemurah. Sepanjang Syawal ni ada berpuluh-puluh bahkan beratus rumah terbuka dibuat. Hari Sabtu dan Ahad, jangan cakapler.. Aku pun pening, mana rumah nak pergi dulu..

Ahad minggu lepas, aku pergi 4 rumah, sampai macam nak pecah perut makan dan makan. Sedap-sedap pulak tu... isyy..
Aku pergi rumah A, masak nasi beriani.. sedapnye...
Pergi rumah B, masak soto...sedapnya...
Pergi rumah C, masak spaghetti.. wuhh sedapnya... favourite aku pulak tu... Adoii..

Hari ini hari Jumaat, hari ke enam aku puasa.. Lepas solat Isyak, abah ajak pergi rumah kawannya K dan wifenya nama A, kita orang sampai jam 9.30pm. Tadi masa buka puasa aku makan sikit, ingatkan jamuan-jamuan ni.. Rupanya si K masak nasi lemak, nasi himpit, spaghetty, kuih mueh orang kampung dan kuih muih orang bandar..

Apa yer kuih orang kampung dan apa pulak kuih orang bandar? Aku punya definisi sendiri je, kuih orang kampung tu yang mak aku suka (sama ada suka buat atau suka beli...) seperti kuih pelita, kuih koci, pulut dan lain-lain yang sama waktu dengannya..Kuih orang bandar pulak, macam biskut raya, donut, kek lapis.. (sebab kes lapis mahal, orang kampung tak beli...hehe)

Aisyah my darling makan spaghetty, aku nak ambik spaghetty tapi ada sorang pakcik tu dah ambik, jadi dah habis, yang tinggal hanya kuah dia. Aku ambik kuah dia je lah..Abah makan nasi lemak.. fuyoo beratnya masakan..Yang ini aku tabik hormat pada A dan K sebab setakat aku pegi rumah terbuka, tak pernah aku makan nasi lemak.. hehe..

Lepas tu pegi pulak rumah Ustaz F... ini memang tak tertolak ler, sebab dia bakar kambing.. Dahler kambing favourite aku, dibakar dan cicah sos lada hitam..Sedapnyer.....
Adoii.. kenyangnya...

Kita orang sampai rumah jam 11.30 malam dengan perut yang penuh..

Sebelum aku tidur, aku berfikir betapa mewahnya rezeki kita di sini. Seolah-olah Allah membuka pintu rezekinya dengan sepenuhnya. Syukur pada Ilahi atas semua rezeki yang dikurniakan.. Dan hari demi hari, aku sentiasa melihat betapa pemurahnya Allah terhadap kita semua. Semoga aku, my beloved hubby, aisyah dan seluruh orang yang aku sayang akan menjadi hamba yang tahu bersyukur..Amin..